Saturday, February 12, 2011

Kusut : Serabut : Sudah, jangan disebut-sebut!

Posted by ✿ANNURLHAM✿ | 0 biji pot-pet
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Memang sudah agak lama aku tidak mencoret sesuatu di laman ini. Sawangnya memang sudah tebal. Namun sudah aku tiup-tiup sawang tersebut bagi menghasilkan laluan untuk kalian menjengah-jengah sedikit ke dalamnya. Maaf ya! :)

Kalaulah Allah jadikan kepala kita ini dalam bentuk yang 'transparent', aku yakin kalian akan lihat wayar-wayar yang berselirat dalam kepala 'hotak' aku sekarang. (Pernyataan yang menunjukkan bahawa aku sedang sangat tertekan). Uwaaaaa! Perkara ini membuat aku lebih tertekan daripada peningnya kepala jika hanya tinggal sehari sahaja masa yang diperlukan untuk menghantar assignment. Sebab apa? Sebab perkara ini melibatkan amanah. Ya, amanah dan juga tanggungjawab yang aku kira sangat besar dan berat untuk dilaksanakan. Tidak boleh dipandang enteng, bukan? Fahami saja maksudku dengan hadis di bawah. Sabda Rasulullah s.a.w:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَمَسْئُولٌ عَنْهُمْ، وَامْرَأَةُ الرَّجُلِ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، وَمَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ الرَّجُلِ، وَمَسْئُولٌ عَنْهُ، أَلا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، مِنْ هُنَا لَمْ يُخَرِّجَاهُ. 

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w. katanya, setiap kamu adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin, maka ketua negara yang memerintah adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diperintah, dan lelaki itu pemimpin terhadap keluarganya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Dan isteri seseorang lelaki (suami) itu pemimpin terhadap rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya. Dan hamba seorang tuan adalah pemimpin terhadap harta tuannya, dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Ketahuilah semua kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan. Di sinilah kedua pihak itu tidak mungkin dipisahkan.

Berat kan? Namun ramai daripada manusia kini yang semakin tidak mengendahkan perkara tersebut. Amanah tidak lagi dianggap sebagai satu perkara yang berat, dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Nauzubillah. Jadi, untuk apa kita menawarkan diri untuk menjadi seorang pemimpin bagi orang-orang yang kita pimpin? Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang maksudnya :

Akan datang selepas ku ini pemimpin-pemimpin yang suka bercakap bohong, dan suka melakukan kezaliman. Sesiapa dalam kalangan kamu yang membenarkan pembohongannya, dan menyokong kezalimannya, mempertahankan kezalimannya bersama kezalimannya, kau bukan umatku dan aku bukan Nabi kamu, dan Kamu tidak akan layak minum air Khauf Nabi Muhammad SAW.

" Hadis Riwayat At-Tarmizi Wal Hakim Wannasa'i "

MasyaAllah. Takutnya aku dengan ingatan-ingatan tersebut. Bagaimana dengan aku? Bagaimana pula dengan kalian? Aku teringat kata-kata Prof. Emeritus Abdullah Hassan ketika di dalam kelas semalam. Katanya, "Kalau kamu tidak berani untuk bercakap, diam! Tetapi jangan mengiakan apa yang tidak betul." Ya, sekurang-kurangnya kita tegah di dalam hati. Namun, perlu juga kita ingat bahawa,

Abu Said al-Khudri r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang melihat kemungkaran, dia wajib mencegahnya dengan kuasanya. Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya (nasihat). Jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hatinya (benci dalam hati) dan cara itu (benci dalam hati) menunjukkan betapa lemahnya iman." - Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai, Ibn Majah dan Ahmad.

Lihat? Masih banyak sebenarnya tanggungjawab kita yang belum kita laksanakan dengan baik, bukan? Tanggungjawab dengan Allah, diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, negara, dan banyak lagi.

Apabila kita hidup di alam kampus, secara tidak langsung, kita akan terlibat dengan mana-mana organisasi samada dalam bentuk kelab, persatuan mahupun Majlis Perwakilan Pelajar. Semuanya membentuk satu organisasi yang pada asasnya membawa nama universiti. Ibarat kita membawa nama ayah kita di akhir nama. Contohnya nama aku, An Nur Farhah Amanina binti Yasin. Kemana-mana sahaja akan aku bawa nama itu. Begitu juga apabila kita menjadi pemimpin dalam mana-mana organisasi, maka adalah penting untuk kita menjaga tatacara agar tidak memburukkan nama universiti kita. Berbalik semula kepada isu pemimpin, aku agak tertarik dengan hadis ini, yang mana Rasulullah bersabda kepada Abdul Rahman (Abu Hurairah),

“Wahai Rahman, jangan kamu minta jadi pemimpin/pangkat, kalau kau minta pimpinan maka kamu akan disusahkan. Tetapi apabila kamu tidak minta jadi pemimpin tapi kamu diberi tanggungjawab maka kamu akan ditolong oleh Allah.”

Lihat? Allah sentiasa bersama kita selagi kita berniat membuat sesuatu kerana-Nya. Ayuh sahabat, kita muhasabah diri kita. 
An Nur Farhah Amanina : Jangan kusut-kusut. Jangan juga berserabut. Kau ada Allah. Mintalah petunjuk dan pertolongan daripada-Nya. Kau juga ada ibu bapa. Minta restu dan doa mereka. Malah, kau juga ada sahabat-sahabat samada di alam nyata mahupun di alam maya. Maka, mintalah sokongan dan nasihat daripada mereka. Semoga kau mendapat yang terbaik dalam hidupmu. Amin.

p/s : Sejujurnya aku rasa mahu menangis saat ini! Batuan besar di atas kepala semakin hari semakin bertambah beratnya. Ya Allah!!! Betapa kerdilnya diriku!

Friday, January 7, 2011

UPSI = Oversea???

Posted by ✿ANNURLHAM✿ | 0 biji pot-pet
Salam alaik sahabat-sahabat... Kenape toh dengan hati ni? Sejukkk banget rasanya kan?

Hmm, Over tak tajuk entri kali ni? Gilakk kan? kah3.. Takdelah. Hari ni mood tenang tapi kurang selesa.
Kenapa? Sebab keadaan bilik kuliah kat UPSI buat aku rasa macam tengah study di oversea. Sejooookkk gilerr... Menggigil-gigil dalam kelas ni. Sebab tu rasa tak selesa je. Oh ya. Bercakap tentang oversea, teringat pula aku kepada perbualan ayah dan saudara kami yang dah lama tak berjumpa. Yelah, selain bermaaf-maafan, waktu rayalah waktu untuk kita bermesraan dan mengimbas kembali kenangan manis yang pernah tercipta. Begini ceritanya :

Incik Pakcik : Hei, dah lama tak jumpa ko. Makin sihat sekarang

Ayah : Alhamdulillah, sihat-sihat macam nilah. Kau camne? Kat mana sekarang?

Perbualan diteruskan sehinggalah aku tiba untuk bersalaman dengan isteri kepada Incik Pakcik tu. Tapi, sebelum  tiba di tempat duduk isteri Incik Pakcik tu, aku berhenti di hadapan ayah untuk senyum tanda hormat kepada mereka. 

Ayah : Hah, ni anak aku. Belajar kat OBSI sekarang. 
**OBSI = UPSI (Slang orang tua)

Incik Pakcik : Wah, Yeker??? (Nada terkejut beruk sambil tersenyum ala-ala teruja). 

Ayah : Membalas kembali senyuman tersebut.

Incik Pakcik : OBSI kat mane tu? UK? US? Aussie? Or mana? (semangat gila bertanya)

Ayah : Eh, taklah. UPSI la (sedang menyebut mengikut sebutan fonetik yang betul). Universiti Pendidikan Sultan Idris, kat Tanjong Malim tu.

Aku : Ibarat melemparkan senyuman yang kekurangan gula

**Dalam hati : "Cesss... Pakcik ni tengah cuba nak sindir aku ke? Hadoiii..."

Okeh, lupakan perihal Incik Pakcik tadi. Tak pelah. Orang tua kan. Biasalah kalau sudah mula kurang kepekaan di bahagian telinga. 

"Jangan risau Pakcik! Saya dah lama maafkan Pakcik. Saya pun maklum yang saya bukan orang hebat untuk menuntut ilmu di seberang laut. Sekadar di universiti tempatan yang saya yakin saya masih boleh mengutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman di sini. Saya bersyukur dengan kurniaan Allah buat saya. Saya terima seadanya. Peace! No war."

An-Nur Farhah Amanina : Jangan pernah khuatir dengan persepsi orang terhadap diri kau! Persepsi hanyalah sebuah teori yang cuba dihasilkan oleh seseorang terhadap fenomena yang diperhatikan. Namun, mata mungkin salah melihat, hidung mungkin salah menghidu, telinga mungkin salah mendengar, dan hati juga mungkin salah menafsir namun Allah tak mungkin salah dalam menakdirkan sesuatu yang terbaik buat hamba-Nya. Oleh sebab itulah kau berda di sini. Tempat kau di sini! Ya, di universiti ini. Meskipun bukan di luar negara, namun ayah dan ibu masih bangga dengan apa yang Allah kurniakan buat kau kan? Bersyukurlah sayang. Jadi diri kau sendiri. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. 

Ya, aku tak kan pernah lupa dengan pencapaian yang aku kira sangat memuaskan untuk keputusan semester lepas. Kemudian aku update status di Facebook seperti berikut :

Keputusan Semester III :
Alhamdulillah... 
Hadiah buat ibu dan ayah. (^^,)
December 26, 2010 at 12:47pm · Privacy: ·  · 

    • Atiqah Nurul tahniah !!!!!!!!!
      December 26, 2010 at 12:58pm ·  ·  1 person

    • An Nur Farhah Amanina thanks kaka... kaka balik kolej ble?
      December 26, 2010 at 1:18pm · 

    • Atiqah Nurul arie sabtu kowt..ko kt ne nie??..blk klj ble??..
      December 26, 2010 at 1:19pm · 

    • An Nur Farhah Amanina aku balik esok. huhuu... kaka.. jumpa nanti yer. nak tanya result. hik3..
      December 26, 2010 at 1:36pm ·  ·  1 person

    • Zana Fikafi tahniah...!!!! pandai ucu punye anak sdara nie.... tgok la sapa bakanye.....
      December 26, 2010 at 10:55pm ·  ·  1 person

    • Utak Aman betol x3 tahniah la..... hihihi.
      December 27, 2010 at 7:54am · 

    • Yasin Sahalan Hasidah Tumijan tahniah,pelajar yang cemerlang pandai bahagi masa antara family, ngo dan study. ayah dan ibu bangga....
      December 27, 2010 at 10:45am ·  ·  1 person

    • Utak Aman bagoslah dpt anak cm tu.
      December 27, 2010 at 12:36pm · 

    • An Nur Farhah Amanina 
      Ucu : terima kasih.. hehe... mmg baka terbaik dari ladang nih :)

      pak ngah : hihii... terima kasih jg :) 
      ayah & ibu : TQ so much.. Kalau tak kerana ayah n ibu, kita tidak di sini. Thanks sbb memahami tugas dan tanggungjawab kita sepanjang ber...
      See More

      December 27, 2010 at 9:54pm · 

Perhatikan komen daripada Yasin Sahalan Hasidah Tumijan. Ya, itu adalah akaun perkongsian ayah dan ibu aku. Serius! Aku sangat terharu dengan komen mereka terutama sekali dengan hal NGO yang aku sertai iaitu Kesatuan Pelajar Islam Johor  (KPIJ). Alhamdulillah, mereka dapat menerima seadanya. Syukur Ya Allah.

Jadi??? Jom betulkan niat. Muhasabah kembali kita ke universiti kerana apa? Kita belajar kerana apa? Dan kita berada di dunia ini sebagai apa?

Firman Allah SWT:

Maksudnya :
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)

Selain itu, Allah juga berfirman,

Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104)

Inilah bilik kuliah kami di Proton City yang macam kat oversea tuh! Sojukkk gila.

Sunday, January 2, 2011

Ini HAK kamu. [Malam Tahun Baru]

Posted by ✿ANNURLHAM✿ | 2 biji pot-pet
Dua hari di tahun baru. Bagaimana rasanya? Punya semangat baru? Atau masih di takuk dulu? Semoga kita semua dipelihara dan di rahmati oleh Allah SWT.  

Bagaimana dengan aku? Semester baru, blok kediaman baru, rumah baru, dan bilik baru. Suami baru belum ada okeh. Hehe. Oh ya. Ada cerita di sebalik penempatan baru aku sem ini. Tapi, bukan dalam entri ini. Harap bersabar. Hehe. Ermm, ape toh HAK yang aku nak bincangkan dalam entri ni ek? Dapat teka?

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dan rahmatnya, aku dipilih untuk bersama-sama dengan sahabat seperjuangan merasai suasana malam tahun baru di KLCC dalam konteks yang berbeza. Apa maksudnya? Program Jejak Belia Metropolitan anjuran ABIM. Pernah dengar? 

Bersyukur sebab sebagai ahli KPIJ yang tegar, aku tak terlepas peluang untuk turut serta dalam program ni. Walaupun program start jam 3 petang, tapi aku sampai lewat. Semua ni sebab nak uruskan penempatan kat KHAR la. Nak tahu duduk rumah mana sebab ada barang-barang yang tak perlu aku angkut ke KL. Jadi, dari pagi sampai ke petang aku tunggu list nama rumah mana yang aku dapat. Hampeh. Last-last jam 7.30 baru sampai di KL Sentral sambil menunggu sahabat kesayangan aku, Ecah. Tapi sebab kena tunggu kawan-kawan dia yang akan menyusul dari UPM selepas solat Isya', akhirnya jam 10 lebih baru sampai di perkarangan KLCC.

Suasana masa tu? MasyaAllah. Tak dapat aku nak gambarkan. Dahi aku berkerut sepanjang perjalanan kami yang menaiki kaki ke Masjid Asy-Syakirin KLCC. Ramai yang sudah bersesakkan dan melambakkan diri mereka di sekitar situ. Ada konsert sementara menunggu bunga api dilepaskan ke udara. Aku lihat bermacam-macam ragam manusia yang datang dengan pasangan, keluarga, dan kawan-kawan. Banyak juga peniaga di tepi-tepi laluan tu yang menjual air, burger dan benda alah kilat-kilat dan berlampu yang letak di kepala termasuk yang berbentuk tanduk syaittonnn. Sedih bila lihat orang Melayu yang sebangsa dan seagama dengan bangganya memakai benda alah tu. Apa yang dibanggakan sangat? Wallahualam.

Antara picture yang sempat aku snap secara random.

Perasaan aku? Bercampur baur.
Mata : Sakit
Telinga : Bingit
Hidung : Sempit.
Mulut : Terkunci
Dada : Sesak
Hati : Cuba berzikir tanpa henti bagi menenangkan diri.

Ya Allah. Aku lihat banyak keluarga yang turut membawa anak kecil bersama mereka. Siapa si kecil itu? Tidak mustahil bakal menjadi anak muridku. Mereka di dedahkan dengan pelbagai budaya dan suasana yang tidak bermoral sejak kecil lagi. Kasihan. Ya Allah, peliharalah mereka.

Ya Rahman. Aku lihat lambakan pasangan yang bukan muhrim berjalan sambil bermesraan. Ya, mereka masih remaja. Siapa mereka? Masih tidak mustahil untuk mereka menjadi bakal anak muridku suatu hari kelak. Mereka seronok berjalan tanpa tujuan. Melepaskan rindu dendam dengan pasangan tanpa sebarang sekatan walaupun masih belum ada ikatan yang diredhai Tuhan. Kasihan. Ya Rahman, kurniakanlah hidayah buat mereka.

Ya Rahim. Aku lihat longgokan belia di sana sini dengan kumpulan masing-masing. Seronok bergurau senda dan bersuka ria. Ada lelaki, ada perempuan. Siapa mereka? Sangat tidak mustahil untuk mereka menjadi ibu dan bapa kepada bakal anak muridku kelak. Mereka tampak biasa dengan situasi begitu. Saling sembur-menyembur menggunakan sejenis semburan yang berbentuk snow. Oh, tidak kupasti apa faedahnya. Yang pasti mereka nampak bahagia. Kasihan. Ya Rahim, Belilah petunjuk dan bimbingan buat mereka.

Apabila tiba di Masjid Asy-Syakirin, aku dan sahabat-sahabat terus dibahagikan kedalam kumpulan masing-masing. Kumpulan aku terdiri daripada Abg Firhad, Abg Halim (wartawan I Luv Islam), Hidayatullah, Ecah, Shira, Sakinah, dll. Setiap kumpulan dibekalkan dengan surat khabar I Luv Islam, Risalah dari JAWI, dan bookmark ABIM. Kami juga perlu membuat research daripada orang-orang yang ditemubual. Pendekatan yang perlu diterapkan adalah mudah. Amar ma'ruf nahi mungkar. Kita bukan nak jadi penghukum, tapi kita cuma nak tolong. Jadi, kami akan berbual-bual, dan selitkan elemen dakwah secara tidak langsung. Sekurang-kurangnya jika graf nafsu dia sedang memuncak waktu tu, dapatlah dikurangkan sikit. Aku suka dengan kata-kata Incik yang bagi pesanan terakhir sebelum kami bergerak jam 12 malam tu. Kalau tak silap, Incik tu dulu bekas bonzer kelab malam / pub. Siap ada parut panjang kat tepi mata dia. Seram woo..

"Dulu masa saya berada di luar tu macam mereka juga, tak de sape pun datang untuk tegur saya. Tak de sape pun cuba ingatkan saya kepada Tuhan. Jadi, inilah tugas kita. Kita tak mampu nak bagi hidayah pada mereka sebab hidayah tu milik Allah. Jangan jadi penghukum. Betulkan niat. Walau apa pun reaksi dan feed back yang kamu terima, yang penting kita dah sampaikan HAK mereka." 

** Dialog diubah mengikut kefahaman aku sendiri. Bukan 100% susunan ayatnya tepat.

Ini sisters dalam kumpulan saya.

"Demi masa”.
“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.”
“Kecuali orang-orang yang beriman 
dan mengerjakan amal soleh."
"Dan berpesan pesan dengan kebenaran 
dan berpesan pesan dengan kesabaran."
Surah Al 'Ashr (Ayat 1-3)

Waktu aku sampai, pihak Polis sudah bersiap sedia di kawasan KLCC. Yelah, bila dah ramai-ramai, macam-macam boleh berlaku kan.

Kami berjalan dari Masjid KLCC hingga ke Bukit Bintang dan Pavilion. Bersesak-sesak dengan lautan manusia, jeritan apabila melihat bunga api, bunyi vuvuzela, semburan snow dan macam-macam lagi. Bingit! 

Hasil pemerhatian kaca mata aku yang Allah kurniakan ni, foreigners yang melebih-lebih. Mereka menjerit-jerit, minum arak di tepi jalan, dan melanggar-langgar orang tatkala jalan dalam keadaan mabuk. Botol arak bersepah-sepah di tepi jalan. Yang peliknya, apabila mereka menjerit, budak Melayu pun menyambut-nyambut. Terpekik terlolong sana sini. Mereka bawa budaya yang biasa mereka amalkan di Barat, dan orang Melayu ni pun bodoh-bodoh je ikut. Lambakan foreigners pada malam tu buat aku confius. Aku kat negara mana sebenarnya nih?

Lagi geram bila Mat Bangla yang kerja jadi guard kat area situ halau kami dalam perjalanan pulang semula ke masjid. OK fine! "Ko mintak kerja kat negara aku, pastu ko nak main halau-halau pulak?! Suka hati jek. Cakaplah elok-elok. Bukannya telinga aku ni pekak dan bukan aku tak faham bahasa aku sendiri!" kata seseorang.

Mat indon pun banyak juga time nih. Kami jumpa pensyarah kawan baik aku, Ecah kat KL Sentral. Beliau kata, anak sedara dia sedang tunggu kawan-kawannya di airport yang datang dari Jakarta semata-mata nak sambut New Year kat KLCC. Nampak sangat kan yang sambutan New Year kat Malaysia ni sangat meriah dan dalam erti kata lain, sangat soSIAL hingga ramai yang seronok untuk sambut di sini. Mamat dan minah Indon yang terlalu ramai juga menyebabkan aku keliru yang mana satu orang Indon dan yang mana satu orang Malaysia. Lihat fesyen mereka. Lebih kurang sama ja.

Tapi dalam perjalan ke Bukit Bintang, ada seorang foreigner dari Iran ni tiba-tiba panggil kami. Dia tanya apa yang kami edar-edarkan tu. Aku cakap ini surat khabar I Luv Islam. Pastu dia kata, berilah dia satu sebab dia pun seorang Muslim. Aku balas, tapi surat khabar ni dalam bahasa Melayu. Dia kata tak apa sebab dia juga belajar tentang bahasa Melayu kerana dia adalah pelajar UPM. Yang aku tak boleh lupa tentang kata-kata dia ialah, "Oh, kamu ingatkan mereka tentang Islam ketika mereka sibuk menyambut tahun baru ini? Bagus!" 

:: Aku malas nak taip dalam bahasa Inggeris jadi, aku translatekan siap-siap. Haha.

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Semuanya buat aku mengucap panjang. Kebanyakkan manusia yang aku temubual adalah mereka yang masih remaja. 13-20 tahun. Mungkin mereka masih dalam usaha mencari identiti diri. Tak aku nafikan, aku juga pernah begitu di alam persekolahan dulu. Adakah mereka tak boleh berubah? Tidak! Jadi, berilah mereka ruang dan peluang. Tunjukkan mereka jalan dan jangan hukum mereka kerana siapalah kita untuk mengambil alih tugas Allah SWT.

Rasulullah SAW juga bersabda :
 Wahai Ali, sungguh sekiranya Allah memberi hidayah 
kepada seseorang kerana dakwahmu, 
itu lebih baik bagimu daripada unta merah."
(HR. Bukhari-Muslim)

Pastinya hidayah Allah SWT tak ternilai dengan unta merah pada zaman nabi Muhammad SAW dan juga Ferarri Merah pada zaman kita sekarang. Oh ya. Bercakap tentang remaja, aku jumpa ada 2 orang remaja perempuan yang agak seksi. Bila ditanya, rupanya baru lepasan SPM. Namanya N***** dan B*****. Oangnya cantik, secantik namanya. Selepas berkenalan secara ringkas, tiba-tiba dia tanya :

N***** : Kak, apa tu?
Aku : Oh, surat khabar I Luv Islam.
N***** : I Luv Islam? Eh, nakk!!
Aku : Boleh, ambillah.
N***** : Kena bayar berapa ni?
Aku : Tak payah, ambillah. (sambil tersenyum penuh makna)

Kakak ambil gambar kamu bukan sebab kamu budak jahat. Tapi sebab kakak sayang kamu.

Moga Allah beri hidayah kepada mereka dan semua usaha kami yang sedikit ni dapat membantu mereka untuk lebih mendekati Allah. Islam itu indah. Jangan persiakannya.

Perjalanan kami bemula sekitar jam 12 tengah malam dan berakhir pada jam 3 pagi. Banyak perkara baru yang aku belajar mulai pengalaman kali ini. Bakal anak murid yang mencabar? Mampukah aku? Allah lebih mengetahui kemampuan hambaNya. Moga Allah permudahkan urusanku. Setelah itu kami berqiamulail dan sekitar jam 7 pagi, aku dan rakan-rakan Ecah bertolak pulang ke UPM. Petang tu baru pulang ke UPSI dan terus mendaki tingkat 9 (rumah baru).

Bersama sahabat KPIJ dan KBM UPM sebelum menaiki LRT ke UPM.

An-Nur Farhah Amanina : Hayati, fahami dan nikmati tugas kamu apabila berada di sekolah nanti. Adakah sekadar seorang pengajar ataupun seorang pendidik? Lihat tapak tangan. Nasib anak bangsa berada ditanganmu. Kau mampoo???

Followers

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)